Thursday 30 May 2013

BBM 3410 : SALAM TERAKHIR

Bismilahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum semua. sejujurnya aku tak punya kekuatan untuk menulis kali ini.
KERANA..
Bukan sifat aku menyukai perpisahan. dan wajar sekali aku katakan kalian juga berperasaan seperti aku.
3 tahun yang dilalui.
3 tahun yang diharungi bersama.
penuh suka dan duka.
menangis, ketawa bahkan berkongsi berbagai cerita.
dan akhirnya, 3 tahun yang dahulu nya dirasakan sangat LAMBAT berlalu, kini menghampiri masanya. 
3 tahun yang dahulunya meronta-ronta, kini sebak dirasakan merajai emosi diri.
lumrah. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
sejauh mana kita cuba lari dari hakikat ini, semakin cepat ia menghampiri.
* ceh, macam lagu pulak.
aku. gadis.

FATIN EMILIA BINTI MUSA
157970

Jika teman lain memilih untuk meletakkan gambar 'posing', aku pula pura-pura formal bersedia seperti menghadiri temuduga. Apakah?

Dan kefahaman aku, Dr Bukan Nama Sebenar yang tersayang pasti lebih mengenali 'aku' di atas berbanding jika aku meletakkan gambar yang lain. Harapan. 

oh, sebelum terlupa. ni laman web aku. kalau senang, marilah singgah. hehe.


ehem.
Sepanjang menjadi PELAJAR TAHUN AKHIR di sini, tak pernah sekalipun hujung minggu aku dilalui dengan aman. Walaupun aku sedang bercuti dan berada di rumah pada zahirnya, jiwa aku masih di sini.Memkirkan LAMBAKAN TUGASAN yan telah diberikan Dr Bukan Nama Sebenar.
Tipu. Bohong. Auta. 
Memang aku boleh bertaruh dengan rakan yang lain, tak kan ada seorang pun pelajar BBM3410 kendalian Dr Bukan Nama Sebenar ini tidak pernah mengata, marah bahkan mengeluh kerana tugasan yang diberikan. Kadangkala habis semua rasa sabar dan redha dalam diri. Demi sesuap markah *eh*,  kami turutkan juga.
DIGITAL GRAPHIQUE tanpa Jun.
Inilah hasilnya sejak 14 minggu yang lalu

Kumpulan kami. DIGITAL GRAPHIQUE diberi nama.

 Dari kanan aku perkenalkan :

  LIONG MING CHANG           155153
 SITI KAMALIA YUSOF         156878
NURSYAZWANI AMDAN      157653
FATIN EMILIA MUSA           157970
MOHD HAMZI FAHMI          160225

14 minggu yang mencabar minda, memaksa aku dan rakan kumpulan sentiasa memikirkan idea yang segar dan lain dari yang lain, berbeza dengan 15 kumpulan yang lain. Setiap minggu, HARI RABU, 12.00-2.00 Petang merupakan hari yang ditunggu penuh debar. Tatkala Dr Bukan Nama Sebenar masuk, sementelah itu juga kelas berada dalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga.

Pengalaman aku?
Minggu pertama Dr Bukan Nama Sebenar masuk, pembelajaran 5 asas grafik. Mudah, Keseimbangan, Kesesuaian, Warna dan Teks. Serasanya, kumpulan aku antara kumpulan yang pantas, namun kesilapan mendengar arahan membuatkan kami terlambat mencari no matrik dalam majalah yang rata-ratanya dipenuhi gambar model. Dan tatkala kami ingin menghantar tugasan, Dr Bukan Nama Sebenar menyuruh kami megambil gambar bersama tugasan. Berlarilah kami berposing sakan dan tiba masa untuk menghantar, Dr hilang! Puas dicari merata fakulti. Badan masih belum hilang penat, satu lagi masalah timbul. Pengalaman yang sangat perit untuk dikenang dan kami namakan hari itu sebagai HARI DISASTER. Namun, beruntunglah kami kerana Dr Bukan Nama Sebenar menyuruh kami menghantar keesokan harinya, itu pun hanya diletakkan di luar pintu biliknya!

Sejak itu, kumpulan kami sering berjaga-jaga tatkala dia memberi tugasan baru setiap minggu.

Bercerita pula mengenai ahli kumpulan kami, kami bertuah kerana mempunyai 2 orang atlet. Atlet lawan pedang dan atlet terjun. Jujur kami katakan, kami memahami kesibukan dan jadual mereka yang penuh dengan game dan training, oleh itu, kami sedaya upaya mencari masa yang sesuai agar kami dapat laksanakan tugasan bersama-sama. Akhirnya, kami bertambah erat dan saling memerlukan antara satu sama lain. *eh, pelik. haha.*

Rakan-rakanku sekalian. Marilah kita sama-sama saksikan antara video dan tugasan yang telah kami hasilkan.



PHOTOSHOOT UNIK.


































Minggu 13. Tugasan akhir kami adalah gabungan 3 kumpulan.

DIGITAL GRAPHIQUE   +  3 IN 1  + DIAMOND

Dan aku tak pasti kenapa, kumpulan kami banyak aksi melompat. haha.







ada lagi 2 video tapi tak dapat nak diupload.maaf! tapi, ni link nya.



dan. cerita sedih bermula. syahdu. sebak.
latar belakang : lagu air mata syawal.


' Gadis, maafkan saya kerana terpaksa memberi satu tugasan. Bla..Blaa.. Blaaa'

' Terpulang pada anda, nak buat, buat. Tak nak, Takde markah. Saya tak paksa.'

' Letak penghargaan nama penuh saya! PROF MADYA DR NORMALIZA ABD RAHIM. menangis air mata darah nak mendapatkan title tu! '


Bait kata yang WAJAR DAN PASTI AKU RINDUKAN.


Dr,
disini saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya saya terlepas kata terlanjur bicara yang sengaja ataupun tidak, yang Dr ketahui ataupun tidak. Minta dihalalkan segala ilmu yang telah diberikan. Semoga ALLAH memberkati seluruh kehidupan Dr dan keluarga dan saya mohon agar ALLAH terangkan dan luaskan kubur Dr nanti dengan cahaya nur ilmu yang Dr berikan kepada kami. Terima kasih, Dr!


Dr Bukan Nama Sebenar!
Maaf. Ambil di blog Dr. hehe



Pasti akan rindukan kalian.
PASTI!

Akhirnya, dengan rasa rendah hati, jika terdapat segala perilaku dan tutur kata yang tidak disenangi sepanjang 3 tahun perkenalan, maaf yang mampu aku pinta. Halalkan segala yang termakan, terminum, terambil. Maaf jika ada terumpat tak segaja, terkeji tak kena. Aku hanya manusia biasa yang juga tak pernah  lari dari buat silap. Semoga ALLAH memberkati hidup kita. In shaa ALLAH.

Sekian. Salam Sayang Teramat Kasih Buat kalian.
BACELOR BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU
2010/2013.

1 comment: