Thursday 30 May 2013

BBM 3410 : SALAM TERAKHIR

Bismilahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum semua. sejujurnya aku tak punya kekuatan untuk menulis kali ini.
KERANA..
Bukan sifat aku menyukai perpisahan. dan wajar sekali aku katakan kalian juga berperasaan seperti aku.
3 tahun yang dilalui.
3 tahun yang diharungi bersama.
penuh suka dan duka.
menangis, ketawa bahkan berkongsi berbagai cerita.
dan akhirnya, 3 tahun yang dahulu nya dirasakan sangat LAMBAT berlalu, kini menghampiri masanya. 
3 tahun yang dahulunya meronta-ronta, kini sebak dirasakan merajai emosi diri.
lumrah. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
sejauh mana kita cuba lari dari hakikat ini, semakin cepat ia menghampiri.
* ceh, macam lagu pulak.
aku. gadis.

FATIN EMILIA BINTI MUSA
157970

Jika teman lain memilih untuk meletakkan gambar 'posing', aku pula pura-pura formal bersedia seperti menghadiri temuduga. Apakah?

Dan kefahaman aku, Dr Bukan Nama Sebenar yang tersayang pasti lebih mengenali 'aku' di atas berbanding jika aku meletakkan gambar yang lain. Harapan. 

oh, sebelum terlupa. ni laman web aku. kalau senang, marilah singgah. hehe.


ehem.
Sepanjang menjadi PELAJAR TAHUN AKHIR di sini, tak pernah sekalipun hujung minggu aku dilalui dengan aman. Walaupun aku sedang bercuti dan berada di rumah pada zahirnya, jiwa aku masih di sini.Memkirkan LAMBAKAN TUGASAN yan telah diberikan Dr Bukan Nama Sebenar.
Tipu. Bohong. Auta. 
Memang aku boleh bertaruh dengan rakan yang lain, tak kan ada seorang pun pelajar BBM3410 kendalian Dr Bukan Nama Sebenar ini tidak pernah mengata, marah bahkan mengeluh kerana tugasan yang diberikan. Kadangkala habis semua rasa sabar dan redha dalam diri. Demi sesuap markah *eh*,  kami turutkan juga.
DIGITAL GRAPHIQUE tanpa Jun.
Inilah hasilnya sejak 14 minggu yang lalu

Kumpulan kami. DIGITAL GRAPHIQUE diberi nama.

 Dari kanan aku perkenalkan :

  LIONG MING CHANG           155153
 SITI KAMALIA YUSOF         156878
NURSYAZWANI AMDAN      157653
FATIN EMILIA MUSA           157970
MOHD HAMZI FAHMI          160225

14 minggu yang mencabar minda, memaksa aku dan rakan kumpulan sentiasa memikirkan idea yang segar dan lain dari yang lain, berbeza dengan 15 kumpulan yang lain. Setiap minggu, HARI RABU, 12.00-2.00 Petang merupakan hari yang ditunggu penuh debar. Tatkala Dr Bukan Nama Sebenar masuk, sementelah itu juga kelas berada dalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga.

Pengalaman aku?
Minggu pertama Dr Bukan Nama Sebenar masuk, pembelajaran 5 asas grafik. Mudah, Keseimbangan, Kesesuaian, Warna dan Teks. Serasanya, kumpulan aku antara kumpulan yang pantas, namun kesilapan mendengar arahan membuatkan kami terlambat mencari no matrik dalam majalah yang rata-ratanya dipenuhi gambar model. Dan tatkala kami ingin menghantar tugasan, Dr Bukan Nama Sebenar menyuruh kami megambil gambar bersama tugasan. Berlarilah kami berposing sakan dan tiba masa untuk menghantar, Dr hilang! Puas dicari merata fakulti. Badan masih belum hilang penat, satu lagi masalah timbul. Pengalaman yang sangat perit untuk dikenang dan kami namakan hari itu sebagai HARI DISASTER. Namun, beruntunglah kami kerana Dr Bukan Nama Sebenar menyuruh kami menghantar keesokan harinya, itu pun hanya diletakkan di luar pintu biliknya!

Sejak itu, kumpulan kami sering berjaga-jaga tatkala dia memberi tugasan baru setiap minggu.

Bercerita pula mengenai ahli kumpulan kami, kami bertuah kerana mempunyai 2 orang atlet. Atlet lawan pedang dan atlet terjun. Jujur kami katakan, kami memahami kesibukan dan jadual mereka yang penuh dengan game dan training, oleh itu, kami sedaya upaya mencari masa yang sesuai agar kami dapat laksanakan tugasan bersama-sama. Akhirnya, kami bertambah erat dan saling memerlukan antara satu sama lain. *eh, pelik. haha.*

Rakan-rakanku sekalian. Marilah kita sama-sama saksikan antara video dan tugasan yang telah kami hasilkan.



PHOTOSHOOT UNIK.


































Minggu 13. Tugasan akhir kami adalah gabungan 3 kumpulan.

DIGITAL GRAPHIQUE   +  3 IN 1  + DIAMOND

Dan aku tak pasti kenapa, kumpulan kami banyak aksi melompat. haha.







ada lagi 2 video tapi tak dapat nak diupload.maaf! tapi, ni link nya.



dan. cerita sedih bermula. syahdu. sebak.
latar belakang : lagu air mata syawal.


' Gadis, maafkan saya kerana terpaksa memberi satu tugasan. Bla..Blaa.. Blaaa'

' Terpulang pada anda, nak buat, buat. Tak nak, Takde markah. Saya tak paksa.'

' Letak penghargaan nama penuh saya! PROF MADYA DR NORMALIZA ABD RAHIM. menangis air mata darah nak mendapatkan title tu! '


Bait kata yang WAJAR DAN PASTI AKU RINDUKAN.


Dr,
disini saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya saya terlepas kata terlanjur bicara yang sengaja ataupun tidak, yang Dr ketahui ataupun tidak. Minta dihalalkan segala ilmu yang telah diberikan. Semoga ALLAH memberkati seluruh kehidupan Dr dan keluarga dan saya mohon agar ALLAH terangkan dan luaskan kubur Dr nanti dengan cahaya nur ilmu yang Dr berikan kepada kami. Terima kasih, Dr!


Dr Bukan Nama Sebenar!
Maaf. Ambil di blog Dr. hehe



Pasti akan rindukan kalian.
PASTI!

Akhirnya, dengan rasa rendah hati, jika terdapat segala perilaku dan tutur kata yang tidak disenangi sepanjang 3 tahun perkenalan, maaf yang mampu aku pinta. Halalkan segala yang termakan, terminum, terambil. Maaf jika ada terumpat tak segaja, terkeji tak kena. Aku hanya manusia biasa yang juga tak pernah  lari dari buat silap. Semoga ALLAH memberkati hidup kita. In shaa ALLAH.

Sekian. Salam Sayang Teramat Kasih Buat kalian.
BACELOR BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU
2010/2013.

Saturday 20 April 2013

Pengalaman Video Seram UPM.

Assalamualaikum semua!

Mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim.. Bukan apa, entri kali ni berkait dengan cerita seram..Aigooo! Seram la pulak..

Tugasan ni Dr Bukan Nama Sebenar bagi dalam keadaan kami sangat membuak-buak nak balik untuk bercuti sempena cuti semester. Hati dan meronta-ronta nak balik hari Jumaat tu, tapi apakan daya, demi tugasan ni, kami semua bersepakat nak buat shooting hari Jumaat 05 April bertempat di Kolej Pendeta Za'aba ( KPZ ).

Petang hari kejadian tu kami sempat la buat jalan cerita dan sinematografi yang lebih detail supaya apa yang kami bayangkan dapat diluahkan dalam bentuk video seram. Ok, Dr tak nak video seram kami ada suara, maksudnya, hanya pergerakan dan juga element bunyi seram yang dimasukkan. Lawak la jugak nak buat video ni sebab takde la seram mana pun. hehe. Oh, Incik Ketua kami, Incik Hamzi ada mintak pertolongan kawan dia, Incik Afiq Sukor. Mekasih Incik Afiq! :)

Incik Afiq yang dedikasi! :)


Ada 3 kamera yang kami gunakan. Untuk memudahkan kerja sebab kami perlukan banyak shoot untuk dapatkan hasil yang terbaik. Agak penat dan letih jugak sebab ni antara video yang sangat mencabar minda. Bayangkanlah, macam mana nak buat video tu jadi seram sedangkan ahli kumpulan kami takde tokoh jadi hantu pun. Hahaha. Dan finally, kami pilih Cik Jun untuk jadi hantu. Nasib baik dia ok and sporting, senang la sikit nak jadi hantu, just kena serabaikan rambut dia kan..hehe.

Babak antara kameraman! 

Sebelum kami mulakan penggambaran, kami mulakan dengan bacaan al fatihah, mohon dipermudahkan segalanya. Maklumlah, kan nak buat video seram. Kami ni buat waktu malam pulak tu, jadi, mintaklah dijauhkan segala kesulitan. Alhamdulilah, dalam masa 3 jam, kami siap shooting. Banyak gelak je sebenarnya dalam pembikinan video ni sebab Incik Hero, Incik Liong tak pandai nak buat ekspresi muka takut. Hahaha.


Ekspresi tak nampak macam buat video seram jek! Haha

Dan akhirnya, segala yang berkait dengan video ni diedit sendiri oleh Incik Ketua kami, Incik Hamzi. Khabarnya beliau menghabiskan masa selama 5 hari untuk menyiapkan video ni. Fuhhhhhhh! Hebat Incik Ketua kami ni. hewhewhew. Oh, sebelum mengundur diri, marilah sama-sama kita saksikan video seram dari kumpulan kami, Digital Graphique. Selamat Menonton! 





Jumpa ni entri seterusnya. Adios!




Monday 8 April 2013

Video One Shoot UPM.

Hahahai semua. Bertemu kembali dalam entri kali ni. 
Kali ni, aku akan ceritakan sedikit sebanyak mengenai salah satu tugasan yang diberikan kepada kami iaitu Video One Shoot. Apa tu video one shoot?

Ok, dengan serba ringkas dan mudah aku huraikan apa tu video one shoot. Secara pemahaman aku, video ni hanya memerlukan kita sebagai pelakon untuk bergerak, berjoget-joget, menari-nari tanpa segan dan silu manakala si kamera pula hanya dook diam-diam di satu tempat. Ok, paham tak? Tak paham sila la refer Incik Google. Eh, kenapa Incik? Sebab aku perempuan, dan aku suka gelarkan sesuatu tu dengan jantina berlainan aku, barulah ada chemistry gituwwww. :p

Memula kan, seronok dapat tugasan baru dari Dr Bukan Nama Sebenar tu, tapi bila difikirkan balik, pening jugak nak buat video mengenai apa. Dan setelah berbincang dengan ahli kumpulan kami, kumpulan DIGITAL GRAPHIQUE, kami bersepakat memilih lagu KALAU BERPACARAN dendangan Ana Raffali, Suhaimi Meor Hassan dan Altimet. 

Penggambaran kami dilakukan di Kolej Ke-6 UPM sebab kat situ ada bilik kosong. Plus, tanak la orang nampak, nanti dah tak eksklusif kononnye!
Berkumpul jam 8.30 malam, makan masa jugak nak buat video ni. Rasanya hampir 10 rakaman video yang dibuat kerana masih tebal lagi perasaan malu dan segan tu, dan akhirnya, menghampiri jam 12 malam, barulah video kami siap. Tu pun baru selesai penggambaran, belum proses editing lagi.


Boleh buat cover album!
Props masa video ni hampir keseluruhannya disediakan Cik Kamalia dan Cik Wani, aku tak dapat membantu mana pun sebab ada hal yang perlu dilaksanakan. hewhewhew. Tapi, di saat akhir, aku dapat sediakan gitar, tu pun pinjam orang. Terima Kasih dau keladi ye!  :)

Habis tugasan one shoot! Datang pula tugasan baru, dr nak video seraaaaammmmm pulak!!

Hamzi, ketua kumpulan yang berwibawa merangkap PENYUNTING dan PENGEDIT tegar video kami. Thanks!
Nasib baik ada ahli lelaki, kalau harapkan kami si gadis-gadis ni memang tidaklah kami mengetahui selok belok mengenai kamera dan proses-prosesnya. Tak suka nak tahu dan tak pernah berminat nak ambil tahu. hehe.

Jumpa entri akan datang, kalian-kalian semua! Adios! :)

Simpulan Bahasa UPM

Assalamualaikum saudara-saudari cikebum-cikebum.
Demi tugasan, entri kali ini berkisar mengenai Simpulan Bahasa. Amacam? Kamu sekalian masih ingat lagi tak apa tu simpulan bahasa? Pelajaran yang lama dah kita tinggalkan, sejak sekolah rendah dulu lagi kan. Ok, tugasan yang diberikan Dr Bukan Nama Sebenar nampak mudah, tapi sebenanrnya sangaaaaatttttlah sukar untuk dilaksanakan.
Pilih 12 simpulan bahasa yang dirasakan sesuai, ambil gambar mengenai maksud simpulan bahasa yang dipilih. Haaaa..mampu? Mau nak pecah kepala pikir macam mana nak buat dan menggayakan simpulan bahasa sampai Dr paham melalui gambar yang diberikan.
Marilah kita saksikan gambar-gambar yang berkaitan dengan simpulan bahasa yang dipilih. Oh, ya..Kumpulan kami, kumpulan DIGITAL GRAPHIQUE baru sahaja mendapat seorang ahli baru, cik Jun Hoong. Nice to meet you, Jun!

Gulung Tikar

Buku Lima

Harga Pokok

Jun yang comel sedang Gigit Jari. hewhew

Angkat Bakul

Langkah Kanan

Sampah Masyarakat

Buah Tangan

Tulang Belakang
Buruk Siku

Bendera Putih
Dan ada lagi satu simpulan bahasa kumpulan kami : MENJOLOK MATA. Kalau aku tak letak pun rasa-rasanya kamu-kamu sekalian tahu kan maksudnya apa? :)
Bila buat setiap tugasan dengan ahli kumpulan yang lain, secara tidak langsung menjadikan aku takde bonding dengan mereka. Aku memang mudah mesra dengan semua orang sebab aku memang suka berkawan. Dan bila tugasan ni memerlukan perasaan malu dan segan tu di buang jauh-jauh, sedaya upaya aku laksanakan. Kawan-kawan pun banyak bagi tunjuk ajar, bagi pendapat dan semua tu di ambil sebagai salah satu penambahbaikan dalam kehidupan. Terima Kasih semua!

Jumpa entri akan datang. Adios! :)

Tuesday 2 April 2013

Digital Graphique Production

Assalamualaikum. Entri subjek. 
Paling malas.
Paling takde idea.
Paling dan paling dan paling dan paling STRESSSSS. -_-

Dipendekkan cerita, menjengah semester akhir ni rupanya lagi BANYAK KIJE tau? kahkah. Nak bersenang lenang? Memang takkan ada masa yang aku akan senyap tak berkutik sebab bosan takde kije. Memang takde! Sebab ape? Sebab sem ni paling azzzzzzaaaaabbbbbbb.. Ok, dulu kengkonon kuat la kan ade asement banyak melambak-lambak boleh manage lagi, sebab dateline jauh. Tapi itu semua dulu..dulu..dulu..Sekarang, buat masa tu, hantar masa tu jugak! Hah. Mampu?

BBM 3410. Bahasa dalam Multimedia.

Subjek WAJIB ambil bagi semua pelajar SEMESTER AKHIR yang akan bergraduat. Kemain canteeekkkkk fakulti arange jadual pakej. Huh. 
Minggu lepas-lepas yang sudah kite blaja asas grafiik ye anak-anak. Dalam asas grafik ada 5 unsur utama. 
1) Keseimbangan
2) Kesesuaian
3) Warna
4) Teks
5) Mudah

Maaf ye anak-anak, tak sempat nak amik gamba ari tu. Hewhew. Dan buat pertama kalinya, aku nak menangis sebab terkejar-kejar dengan dateline yang Dr Bukan Nama Sebenar bagi. Bayangkan, nak pilih gamba je dah berejam, nak tampal lagi, pastu nak anta guna no matrik. Emangnya dalam majalah Remaja banyak nombor-nombor? Aigoooo. Berlari lah groupmate mengejar Dr tersebut, namun beliau menyuruh kami mengambil gambar terlebih dahulu. Tup-tup time nak hanta, dia hilang. Mau tak berangin?

Dan minggu seterusnya, belajar shoot gamba. Ada 3 shoot.
1) Mug Shoot
2) Medium Shoot
3) Full shoot

Dan tiada gamba jugak ye anak-anak sekalian. Sebab BURUK. haha. Ekspresi muka banyak sangat. Jadi segan pulak nak tunjuk. Haaa. dan minggu selepas tu, Dr Bukan Nama Sebenar tu tanya kami apa yang kami belajar minggu sebelumnya. DAN jika kumpulan lain dah bagi point tu, kumpulan seterusnya tak boleh ulang! Aduhai Dr, betul-betul mengajar kami berfikir dalam kritikal thinking ni!

Tugasan seterusnya : ONE SHOOT VIDEO
Hahaha. Ini lawak. Bayangkan, sebelum ni dok berangan nak masuk utube, kengkonon berangan nak buat parody, kengkonon jugak nak buat video senirik...haaaa..Dr dah bagi, amikkkk...amikkkkk!

Groupmate ad 6, sorang jadi JURUKAMERA TETAP. kahkah


Dan dipendekkan cerita, kami sepakat memilih lagu KALAU BERPACARAN. Hero dan heroin dah tentu-tentulah Incik Liong dan Cik Jun. Sporting abes dyorang ni! hehe. Penggambaran telah dibuat di Kolej 6, bilik ala-ala perpustakaan lama. Klasik. Suka bau buku-buku lama. :)
The Perfect of Us! :)



Oh, lupa! Dr Bukan Nama Sebenar tu sangatlah mementingkan KETEPATAN MASA! Bayangkan, sebelum kelas dia akau ada kelas kt DKAP. DKAP ok, DKAP. Bukan kt KAA nun. Haish. Maka bergegas dan bergigihlah aku setiap hari rabu ke fakuti dengan berjalan kaki. Hebat tak hebat aku sem ni. 
Esok, kita jumpa lagi dengan Dr! Tak sabar nak tau apa pulak tugasan yang dia nak bagi. Oh, nak tengok video kami di youtube? Carik senirik! Bye! 


P/S : Dr Bukan Nama Sebenar tu baik orangnya. Dia cuba menerapkan semua yang akan kita lalui dalam alam pekerjaan nanti. So, skrang dah dapat bayangkan nanti time kerje mcm mana dan disebabkan Dr dah ajar dari awal, harap-harap dapat praktis nanti. Anyway Dr, I'm glad to know you!  :D

Saturday 30 March 2013

Again?


its happen again.
the same situation.
the same person.
the same story.
and
the same feeling.

p/s: why people not learn from their mistake?

Wednesday 27 March 2013

Hidup Bagai Roda ?

Assalamualaikum.. Ayat penyata atau pertanyaan entri aku kali ni?
Pelik ke? Tak lah. Kadang-kadang penyataan tu boleh jadi pertanyaan. Dan sebaliknya. Kalau aku tak huraikan tajuk tu, rasa-rasa korang boleh faham kan?
Aku dah pernah rasa sakit dicemuh, diejek tapi takdelah sampai tahap dihina hanya sebab masuk TINGKATAN 6. Aku main-main masa Form 5 dulu, bercouple tak ingat dunia. Padahal masa tu tak tahu lagi masa depan ke mana, tapi, tu lah yang akhirnya mengajar aku, menjadikan aku pada hari ini. Yakin, ALLAH da bahagi-bahagikan rezeki masing-masing, tak payah nak 'gebang' mencanang seluruh pelosok alam mengatakan kita LEBIH SEGALANYA dari semua orang. Tahu RIAK? Nauzubillah.
Bila dah jatuh terduduk, hampir tersungkur juga sebenarnya tapi muhasabah balik kenapa jadi macam tu. Punca dari diri sendiri kan? Padan muka kau, Fatin. Main lagi!



Result SPM agak teruk walaupun ada yang aku dapat banggakan dalam transkipsi tu, dengan keputusan tu, berbondong-bondonglah surat kolej swasta menyerang alamat rumah aku. Tapi....maaflah, TAK MINAT.
Mak ayah aku pun tak galak aku amik, sebab yuran je dah macam boleh bayar downpayment kete. Mengalah. Masa tu dah menangis dalam hati dah, apa aku nak buat lepas ni?
Kawan lain pulak dok sibuk dapat masuk swasta nun. Nursing, Nursing dan Nursing. Kebanyakkan amik tu. Alhamdulillah. Tumpang happy sebab dyorang da dapat rezeki tu dulu.


~DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN, POLITEKNIK PORT DICKSON~


Panggilan ni laaaaaa yang buat hati aku bolak balik. Nak ke tak? Nak ke tak? dan akhirnya bila aku doa banyak-banyak, mintak ditetapkan hati, mintak diberatkan sebelah untuk aku mudah buat keputusan, akhinya ALLAH bagi apa yang aku mintak.



ALLAH tu Maha Pemurah. Dia akan bagi apa yang kita mintak, tapi ingat! Dia bagi apa yang KITA PERLU je, sebab tu ada konsep BERSYUKUR. Dulu aku jatuh, tapi sekarang... Syukur sangat, dah dapat banggakan mak ayah, dah dapat capai impian nak sampai tahap ni. Untuk tahap seterusnya, hati ni belum terbuka lagi. Mungkin sebab tanggungjawab ada banyak lagi yang menunggu aku. Takpe, aku percaya qada dan qadar Dia. Kalau bukan sekarang, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin tulat. Siapalah kita yang nak menidakkan hukum ALLAH.

Hidup umpama roda. Betul!
Tanamkan dalam hati. Berputar. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Yang paling utama, USAHA nak naik atas. Bukan hanya melongo, menunggu bulan jatuh ke riba. Chaiyok!





Susah nak senang, tapi senang je nak susah kan? Takpleh, susah sekarang ni akan jadi pengajaran dan pengalaman akan datang. Jangan mengeluh. Kan ALLAH tak turunkan ujian kalau kita tak mampu nak pikul.
Ada jalan. Usaha lebih sikit, in shaa ALLAH. :)