Saturday 20 April 2013

Pengalaman Video Seram UPM.

Assalamualaikum semua!

Mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim.. Bukan apa, entri kali ni berkait dengan cerita seram..Aigooo! Seram la pulak..

Tugasan ni Dr Bukan Nama Sebenar bagi dalam keadaan kami sangat membuak-buak nak balik untuk bercuti sempena cuti semester. Hati dan meronta-ronta nak balik hari Jumaat tu, tapi apakan daya, demi tugasan ni, kami semua bersepakat nak buat shooting hari Jumaat 05 April bertempat di Kolej Pendeta Za'aba ( KPZ ).

Petang hari kejadian tu kami sempat la buat jalan cerita dan sinematografi yang lebih detail supaya apa yang kami bayangkan dapat diluahkan dalam bentuk video seram. Ok, Dr tak nak video seram kami ada suara, maksudnya, hanya pergerakan dan juga element bunyi seram yang dimasukkan. Lawak la jugak nak buat video ni sebab takde la seram mana pun. hehe. Oh, Incik Ketua kami, Incik Hamzi ada mintak pertolongan kawan dia, Incik Afiq Sukor. Mekasih Incik Afiq! :)

Incik Afiq yang dedikasi! :)


Ada 3 kamera yang kami gunakan. Untuk memudahkan kerja sebab kami perlukan banyak shoot untuk dapatkan hasil yang terbaik. Agak penat dan letih jugak sebab ni antara video yang sangat mencabar minda. Bayangkanlah, macam mana nak buat video tu jadi seram sedangkan ahli kumpulan kami takde tokoh jadi hantu pun. Hahaha. Dan finally, kami pilih Cik Jun untuk jadi hantu. Nasib baik dia ok and sporting, senang la sikit nak jadi hantu, just kena serabaikan rambut dia kan..hehe.

Babak antara kameraman! 

Sebelum kami mulakan penggambaran, kami mulakan dengan bacaan al fatihah, mohon dipermudahkan segalanya. Maklumlah, kan nak buat video seram. Kami ni buat waktu malam pulak tu, jadi, mintaklah dijauhkan segala kesulitan. Alhamdulilah, dalam masa 3 jam, kami siap shooting. Banyak gelak je sebenarnya dalam pembikinan video ni sebab Incik Hero, Incik Liong tak pandai nak buat ekspresi muka takut. Hahaha.


Ekspresi tak nampak macam buat video seram jek! Haha

Dan akhirnya, segala yang berkait dengan video ni diedit sendiri oleh Incik Ketua kami, Incik Hamzi. Khabarnya beliau menghabiskan masa selama 5 hari untuk menyiapkan video ni. Fuhhhhhhh! Hebat Incik Ketua kami ni. hewhewhew. Oh, sebelum mengundur diri, marilah sama-sama kita saksikan video seram dari kumpulan kami, Digital Graphique. Selamat Menonton! 





Jumpa ni entri seterusnya. Adios!




No comments:

Post a Comment