Saturday 20 April 2013

Pengalaman Video Seram UPM.

Assalamualaikum semua!

Mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim.. Bukan apa, entri kali ni berkait dengan cerita seram..Aigooo! Seram la pulak..

Tugasan ni Dr Bukan Nama Sebenar bagi dalam keadaan kami sangat membuak-buak nak balik untuk bercuti sempena cuti semester. Hati dan meronta-ronta nak balik hari Jumaat tu, tapi apakan daya, demi tugasan ni, kami semua bersepakat nak buat shooting hari Jumaat 05 April bertempat di Kolej Pendeta Za'aba ( KPZ ).

Petang hari kejadian tu kami sempat la buat jalan cerita dan sinematografi yang lebih detail supaya apa yang kami bayangkan dapat diluahkan dalam bentuk video seram. Ok, Dr tak nak video seram kami ada suara, maksudnya, hanya pergerakan dan juga element bunyi seram yang dimasukkan. Lawak la jugak nak buat video ni sebab takde la seram mana pun. hehe. Oh, Incik Ketua kami, Incik Hamzi ada mintak pertolongan kawan dia, Incik Afiq Sukor. Mekasih Incik Afiq! :)

Incik Afiq yang dedikasi! :)


Ada 3 kamera yang kami gunakan. Untuk memudahkan kerja sebab kami perlukan banyak shoot untuk dapatkan hasil yang terbaik. Agak penat dan letih jugak sebab ni antara video yang sangat mencabar minda. Bayangkanlah, macam mana nak buat video tu jadi seram sedangkan ahli kumpulan kami takde tokoh jadi hantu pun. Hahaha. Dan finally, kami pilih Cik Jun untuk jadi hantu. Nasib baik dia ok and sporting, senang la sikit nak jadi hantu, just kena serabaikan rambut dia kan..hehe.

Babak antara kameraman! 

Sebelum kami mulakan penggambaran, kami mulakan dengan bacaan al fatihah, mohon dipermudahkan segalanya. Maklumlah, kan nak buat video seram. Kami ni buat waktu malam pulak tu, jadi, mintaklah dijauhkan segala kesulitan. Alhamdulilah, dalam masa 3 jam, kami siap shooting. Banyak gelak je sebenarnya dalam pembikinan video ni sebab Incik Hero, Incik Liong tak pandai nak buat ekspresi muka takut. Hahaha.


Ekspresi tak nampak macam buat video seram jek! Haha

Dan akhirnya, segala yang berkait dengan video ni diedit sendiri oleh Incik Ketua kami, Incik Hamzi. Khabarnya beliau menghabiskan masa selama 5 hari untuk menyiapkan video ni. Fuhhhhhhh! Hebat Incik Ketua kami ni. hewhewhew. Oh, sebelum mengundur diri, marilah sama-sama kita saksikan video seram dari kumpulan kami, Digital Graphique. Selamat Menonton! 





Jumpa ni entri seterusnya. Adios!




Monday 8 April 2013

Video One Shoot UPM.

Hahahai semua. Bertemu kembali dalam entri kali ni. 
Kali ni, aku akan ceritakan sedikit sebanyak mengenai salah satu tugasan yang diberikan kepada kami iaitu Video One Shoot. Apa tu video one shoot?

Ok, dengan serba ringkas dan mudah aku huraikan apa tu video one shoot. Secara pemahaman aku, video ni hanya memerlukan kita sebagai pelakon untuk bergerak, berjoget-joget, menari-nari tanpa segan dan silu manakala si kamera pula hanya dook diam-diam di satu tempat. Ok, paham tak? Tak paham sila la refer Incik Google. Eh, kenapa Incik? Sebab aku perempuan, dan aku suka gelarkan sesuatu tu dengan jantina berlainan aku, barulah ada chemistry gituwwww. :p

Memula kan, seronok dapat tugasan baru dari Dr Bukan Nama Sebenar tu, tapi bila difikirkan balik, pening jugak nak buat video mengenai apa. Dan setelah berbincang dengan ahli kumpulan kami, kumpulan DIGITAL GRAPHIQUE, kami bersepakat memilih lagu KALAU BERPACARAN dendangan Ana Raffali, Suhaimi Meor Hassan dan Altimet. 

Penggambaran kami dilakukan di Kolej Ke-6 UPM sebab kat situ ada bilik kosong. Plus, tanak la orang nampak, nanti dah tak eksklusif kononnye!
Berkumpul jam 8.30 malam, makan masa jugak nak buat video ni. Rasanya hampir 10 rakaman video yang dibuat kerana masih tebal lagi perasaan malu dan segan tu, dan akhirnya, menghampiri jam 12 malam, barulah video kami siap. Tu pun baru selesai penggambaran, belum proses editing lagi.


Boleh buat cover album!
Props masa video ni hampir keseluruhannya disediakan Cik Kamalia dan Cik Wani, aku tak dapat membantu mana pun sebab ada hal yang perlu dilaksanakan. hewhewhew. Tapi, di saat akhir, aku dapat sediakan gitar, tu pun pinjam orang. Terima Kasih dau keladi ye!  :)

Habis tugasan one shoot! Datang pula tugasan baru, dr nak video seraaaaammmmm pulak!!

Hamzi, ketua kumpulan yang berwibawa merangkap PENYUNTING dan PENGEDIT tegar video kami. Thanks!
Nasib baik ada ahli lelaki, kalau harapkan kami si gadis-gadis ni memang tidaklah kami mengetahui selok belok mengenai kamera dan proses-prosesnya. Tak suka nak tahu dan tak pernah berminat nak ambil tahu. hehe.

Jumpa entri akan datang, kalian-kalian semua! Adios! :)

Simpulan Bahasa UPM

Assalamualaikum saudara-saudari cikebum-cikebum.
Demi tugasan, entri kali ini berkisar mengenai Simpulan Bahasa. Amacam? Kamu sekalian masih ingat lagi tak apa tu simpulan bahasa? Pelajaran yang lama dah kita tinggalkan, sejak sekolah rendah dulu lagi kan. Ok, tugasan yang diberikan Dr Bukan Nama Sebenar nampak mudah, tapi sebenanrnya sangaaaaatttttlah sukar untuk dilaksanakan.
Pilih 12 simpulan bahasa yang dirasakan sesuai, ambil gambar mengenai maksud simpulan bahasa yang dipilih. Haaaa..mampu? Mau nak pecah kepala pikir macam mana nak buat dan menggayakan simpulan bahasa sampai Dr paham melalui gambar yang diberikan.
Marilah kita saksikan gambar-gambar yang berkaitan dengan simpulan bahasa yang dipilih. Oh, ya..Kumpulan kami, kumpulan DIGITAL GRAPHIQUE baru sahaja mendapat seorang ahli baru, cik Jun Hoong. Nice to meet you, Jun!

Gulung Tikar

Buku Lima

Harga Pokok

Jun yang comel sedang Gigit Jari. hewhew

Angkat Bakul

Langkah Kanan

Sampah Masyarakat

Buah Tangan

Tulang Belakang
Buruk Siku

Bendera Putih
Dan ada lagi satu simpulan bahasa kumpulan kami : MENJOLOK MATA. Kalau aku tak letak pun rasa-rasanya kamu-kamu sekalian tahu kan maksudnya apa? :)
Bila buat setiap tugasan dengan ahli kumpulan yang lain, secara tidak langsung menjadikan aku takde bonding dengan mereka. Aku memang mudah mesra dengan semua orang sebab aku memang suka berkawan. Dan bila tugasan ni memerlukan perasaan malu dan segan tu di buang jauh-jauh, sedaya upaya aku laksanakan. Kawan-kawan pun banyak bagi tunjuk ajar, bagi pendapat dan semua tu di ambil sebagai salah satu penambahbaikan dalam kehidupan. Terima Kasih semua!

Jumpa entri akan datang. Adios! :)

Tuesday 2 April 2013

Digital Graphique Production

Assalamualaikum. Entri subjek. 
Paling malas.
Paling takde idea.
Paling dan paling dan paling dan paling STRESSSSS. -_-

Dipendekkan cerita, menjengah semester akhir ni rupanya lagi BANYAK KIJE tau? kahkah. Nak bersenang lenang? Memang takkan ada masa yang aku akan senyap tak berkutik sebab bosan takde kije. Memang takde! Sebab ape? Sebab sem ni paling azzzzzzaaaaabbbbbbb.. Ok, dulu kengkonon kuat la kan ade asement banyak melambak-lambak boleh manage lagi, sebab dateline jauh. Tapi itu semua dulu..dulu..dulu..Sekarang, buat masa tu, hantar masa tu jugak! Hah. Mampu?

BBM 3410. Bahasa dalam Multimedia.

Subjek WAJIB ambil bagi semua pelajar SEMESTER AKHIR yang akan bergraduat. Kemain canteeekkkkk fakulti arange jadual pakej. Huh. 
Minggu lepas-lepas yang sudah kite blaja asas grafiik ye anak-anak. Dalam asas grafik ada 5 unsur utama. 
1) Keseimbangan
2) Kesesuaian
3) Warna
4) Teks
5) Mudah

Maaf ye anak-anak, tak sempat nak amik gamba ari tu. Hewhew. Dan buat pertama kalinya, aku nak menangis sebab terkejar-kejar dengan dateline yang Dr Bukan Nama Sebenar bagi. Bayangkan, nak pilih gamba je dah berejam, nak tampal lagi, pastu nak anta guna no matrik. Emangnya dalam majalah Remaja banyak nombor-nombor? Aigoooo. Berlari lah groupmate mengejar Dr tersebut, namun beliau menyuruh kami mengambil gambar terlebih dahulu. Tup-tup time nak hanta, dia hilang. Mau tak berangin?

Dan minggu seterusnya, belajar shoot gamba. Ada 3 shoot.
1) Mug Shoot
2) Medium Shoot
3) Full shoot

Dan tiada gamba jugak ye anak-anak sekalian. Sebab BURUK. haha. Ekspresi muka banyak sangat. Jadi segan pulak nak tunjuk. Haaa. dan minggu selepas tu, Dr Bukan Nama Sebenar tu tanya kami apa yang kami belajar minggu sebelumnya. DAN jika kumpulan lain dah bagi point tu, kumpulan seterusnya tak boleh ulang! Aduhai Dr, betul-betul mengajar kami berfikir dalam kritikal thinking ni!

Tugasan seterusnya : ONE SHOOT VIDEO
Hahaha. Ini lawak. Bayangkan, sebelum ni dok berangan nak masuk utube, kengkonon berangan nak buat parody, kengkonon jugak nak buat video senirik...haaaa..Dr dah bagi, amikkkk...amikkkkk!

Groupmate ad 6, sorang jadi JURUKAMERA TETAP. kahkah


Dan dipendekkan cerita, kami sepakat memilih lagu KALAU BERPACARAN. Hero dan heroin dah tentu-tentulah Incik Liong dan Cik Jun. Sporting abes dyorang ni! hehe. Penggambaran telah dibuat di Kolej 6, bilik ala-ala perpustakaan lama. Klasik. Suka bau buku-buku lama. :)
The Perfect of Us! :)



Oh, lupa! Dr Bukan Nama Sebenar tu sangatlah mementingkan KETEPATAN MASA! Bayangkan, sebelum kelas dia akau ada kelas kt DKAP. DKAP ok, DKAP. Bukan kt KAA nun. Haish. Maka bergegas dan bergigihlah aku setiap hari rabu ke fakuti dengan berjalan kaki. Hebat tak hebat aku sem ni. 
Esok, kita jumpa lagi dengan Dr! Tak sabar nak tau apa pulak tugasan yang dia nak bagi. Oh, nak tengok video kami di youtube? Carik senirik! Bye! 


P/S : Dr Bukan Nama Sebenar tu baik orangnya. Dia cuba menerapkan semua yang akan kita lalui dalam alam pekerjaan nanti. So, skrang dah dapat bayangkan nanti time kerje mcm mana dan disebabkan Dr dah ajar dari awal, harap-harap dapat praktis nanti. Anyway Dr, I'm glad to know you!  :D