Tuesday 2 April 2013

Digital Graphique Production

Assalamualaikum. Entri subjek. 
Paling malas.
Paling takde idea.
Paling dan paling dan paling dan paling STRESSSSS. -_-

Dipendekkan cerita, menjengah semester akhir ni rupanya lagi BANYAK KIJE tau? kahkah. Nak bersenang lenang? Memang takkan ada masa yang aku akan senyap tak berkutik sebab bosan takde kije. Memang takde! Sebab ape? Sebab sem ni paling azzzzzzaaaaabbbbbbb.. Ok, dulu kengkonon kuat la kan ade asement banyak melambak-lambak boleh manage lagi, sebab dateline jauh. Tapi itu semua dulu..dulu..dulu..Sekarang, buat masa tu, hantar masa tu jugak! Hah. Mampu?

BBM 3410. Bahasa dalam Multimedia.

Subjek WAJIB ambil bagi semua pelajar SEMESTER AKHIR yang akan bergraduat. Kemain canteeekkkkk fakulti arange jadual pakej. Huh. 
Minggu lepas-lepas yang sudah kite blaja asas grafiik ye anak-anak. Dalam asas grafik ada 5 unsur utama. 
1) Keseimbangan
2) Kesesuaian
3) Warna
4) Teks
5) Mudah

Maaf ye anak-anak, tak sempat nak amik gamba ari tu. Hewhew. Dan buat pertama kalinya, aku nak menangis sebab terkejar-kejar dengan dateline yang Dr Bukan Nama Sebenar bagi. Bayangkan, nak pilih gamba je dah berejam, nak tampal lagi, pastu nak anta guna no matrik. Emangnya dalam majalah Remaja banyak nombor-nombor? Aigoooo. Berlari lah groupmate mengejar Dr tersebut, namun beliau menyuruh kami mengambil gambar terlebih dahulu. Tup-tup time nak hanta, dia hilang. Mau tak berangin?

Dan minggu seterusnya, belajar shoot gamba. Ada 3 shoot.
1) Mug Shoot
2) Medium Shoot
3) Full shoot

Dan tiada gamba jugak ye anak-anak sekalian. Sebab BURUK. haha. Ekspresi muka banyak sangat. Jadi segan pulak nak tunjuk. Haaa. dan minggu selepas tu, Dr Bukan Nama Sebenar tu tanya kami apa yang kami belajar minggu sebelumnya. DAN jika kumpulan lain dah bagi point tu, kumpulan seterusnya tak boleh ulang! Aduhai Dr, betul-betul mengajar kami berfikir dalam kritikal thinking ni!

Tugasan seterusnya : ONE SHOOT VIDEO
Hahaha. Ini lawak. Bayangkan, sebelum ni dok berangan nak masuk utube, kengkonon berangan nak buat parody, kengkonon jugak nak buat video senirik...haaaa..Dr dah bagi, amikkkk...amikkkkk!

Groupmate ad 6, sorang jadi JURUKAMERA TETAP. kahkah


Dan dipendekkan cerita, kami sepakat memilih lagu KALAU BERPACARAN. Hero dan heroin dah tentu-tentulah Incik Liong dan Cik Jun. Sporting abes dyorang ni! hehe. Penggambaran telah dibuat di Kolej 6, bilik ala-ala perpustakaan lama. Klasik. Suka bau buku-buku lama. :)
The Perfect of Us! :)



Oh, lupa! Dr Bukan Nama Sebenar tu sangatlah mementingkan KETEPATAN MASA! Bayangkan, sebelum kelas dia akau ada kelas kt DKAP. DKAP ok, DKAP. Bukan kt KAA nun. Haish. Maka bergegas dan bergigihlah aku setiap hari rabu ke fakuti dengan berjalan kaki. Hebat tak hebat aku sem ni. 
Esok, kita jumpa lagi dengan Dr! Tak sabar nak tau apa pulak tugasan yang dia nak bagi. Oh, nak tengok video kami di youtube? Carik senirik! Bye! 


P/S : Dr Bukan Nama Sebenar tu baik orangnya. Dia cuba menerapkan semua yang akan kita lalui dalam alam pekerjaan nanti. So, skrang dah dapat bayangkan nanti time kerje mcm mana dan disebabkan Dr dah ajar dari awal, harap-harap dapat praktis nanti. Anyway Dr, I'm glad to know you!  :D

No comments:

Post a Comment