Monday 8 April 2013

Video One Shoot UPM.

Hahahai semua. Bertemu kembali dalam entri kali ni. 
Kali ni, aku akan ceritakan sedikit sebanyak mengenai salah satu tugasan yang diberikan kepada kami iaitu Video One Shoot. Apa tu video one shoot?

Ok, dengan serba ringkas dan mudah aku huraikan apa tu video one shoot. Secara pemahaman aku, video ni hanya memerlukan kita sebagai pelakon untuk bergerak, berjoget-joget, menari-nari tanpa segan dan silu manakala si kamera pula hanya dook diam-diam di satu tempat. Ok, paham tak? Tak paham sila la refer Incik Google. Eh, kenapa Incik? Sebab aku perempuan, dan aku suka gelarkan sesuatu tu dengan jantina berlainan aku, barulah ada chemistry gituwwww. :p

Memula kan, seronok dapat tugasan baru dari Dr Bukan Nama Sebenar tu, tapi bila difikirkan balik, pening jugak nak buat video mengenai apa. Dan setelah berbincang dengan ahli kumpulan kami, kumpulan DIGITAL GRAPHIQUE, kami bersepakat memilih lagu KALAU BERPACARAN dendangan Ana Raffali, Suhaimi Meor Hassan dan Altimet. 

Penggambaran kami dilakukan di Kolej Ke-6 UPM sebab kat situ ada bilik kosong. Plus, tanak la orang nampak, nanti dah tak eksklusif kononnye!
Berkumpul jam 8.30 malam, makan masa jugak nak buat video ni. Rasanya hampir 10 rakaman video yang dibuat kerana masih tebal lagi perasaan malu dan segan tu, dan akhirnya, menghampiri jam 12 malam, barulah video kami siap. Tu pun baru selesai penggambaran, belum proses editing lagi.


Boleh buat cover album!
Props masa video ni hampir keseluruhannya disediakan Cik Kamalia dan Cik Wani, aku tak dapat membantu mana pun sebab ada hal yang perlu dilaksanakan. hewhewhew. Tapi, di saat akhir, aku dapat sediakan gitar, tu pun pinjam orang. Terima Kasih dau keladi ye!  :)

Habis tugasan one shoot! Datang pula tugasan baru, dr nak video seraaaaammmmm pulak!!

Hamzi, ketua kumpulan yang berwibawa merangkap PENYUNTING dan PENGEDIT tegar video kami. Thanks!
Nasib baik ada ahli lelaki, kalau harapkan kami si gadis-gadis ni memang tidaklah kami mengetahui selok belok mengenai kamera dan proses-prosesnya. Tak suka nak tahu dan tak pernah berminat nak ambil tahu. hehe.

Jumpa entri akan datang, kalian-kalian semua! Adios! :)

No comments:

Post a Comment